Wednesday, May 14, 2008
Kemana menghilangnya pesanan Rasulullah (2)

Rasulullah pernah mengungkapkan kata-kata hikmahnya dengan sabdanya: "Sebarkan ajaranku walaupun satu ayat pun." Bila difikir-fikirkan kata-kata Rasulullah itu, tidakkah terlintas di hati kita sebagai orang yang dikatakan ada keimanan merasakan kata-kata itu adalah terkena juga kepada kita ini. wah..panjang betul ungkapan kita ini semata-mata hendak memahamkan kepada diri kita bahawa la budda semua orang mesti menjadi orang yang menyampaikan apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Semua perkara yang disampaikan oleh Rasulullah merupakan pesanan yang amat memberi faedah kepada kita semua. Apa yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana caranya untuk kita menyampaikan pesanan Rasulullah itu. Jangan hanya pandai sebut tunggu sekejap.
Subscribe to:
Posts (Atom)