Saturday, July 18, 2009

Akhil hayy akhirnya bercerai juga denga Maiza yang jelita


HALAMAN HIBURAN

KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal berakhir dengan penceraian. Keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd. Ridhuan Yusof.

"Semua dah selesai..jangan keruhkan suasana..saya tegaskan penceraian saya bukan disebabkan pihak ketiga. Ini ketentuan 'tuan punya dunia' ..jalan hidup perlu diteruskan. Cukup-cukuplah gosipkan pihak yang satu lagi. Moga-moga semuanya dapat meneruskan kehidupan," ujar Akhil yang berkali-kali menegaskan penceraian mereka bukan disebabkan oleh pihak ketiga.

Ditanya kenapa dia berbuat demikian, Akhil berkata sebab spekulasi yang timbul. Akhil berkata dengan penuh makna,"Kadang-kadang aku pohon setangkai bunga, Allah bagi pohon berduri; aku pohon rama-rama, Allah bagi ulat berbulu.....mula-mula saya kecewa tapi itu yang jadi.. Allah dah letak keputusan yang baik dan saya ambil hikmah yang positif.

"Kita tiada ruang... orang panggil saya berceramah dan ini kehidupan peribadi saya. Itu (penceraian) hakikat dan lepas ni jangan sensasikan lagi. Doakan yang terbaik.. Kredibiliti saya sudah banyak yang tercalar... tapi perjuangan perlu diteruskan," hujahnya.

Dalam pada itu, Akhil sempat lagi mengaitkan kes cerainya hari ini dengan PAS menang tipis dalam pilihan raya kecil Manek Urai, dia berkata: "Takbir...semalam keputusan di Manek Urai dan hari ini keputusan saya."

Akhil yang kelihatan gembira itu juga memaklumkan yang program 'Cafe Akhil Hayy' dijangka akan disambung siarannya dalam masa terdekat ini. Hasil persetujuan kedua belah pihak, hak penjagaan empat orang anak (hadanah) mereka diserahkan kepada Maiza manakala hak lawatan diberikan kepada Akhil pada bila-bila masa termasuk cuti sekolah dan perayaan. Bagi anak-anak yang telah mumaiyiz (cukup umur) dibenarkan untuk tinggal dengan ibu atau bapa mereka mengikut keselesaan.

Melalui persetujuan itu juga, Akhil akan biayai keseluruhan keperluan am dan nafkah anak-anak termasuk tempat tinggal, persekolahan dan sebagainya. Selain itu, Akhil perlu melunaskan bayaran ansuran kereta Gen 2 milik Maiza sebanyak RM500 sebulan selagi bekas isterinya itu tidak mendirikan rumah tangga. Sementara itu, rumah yang didaftar atas nama bersama akan dikekalkan bahagian pada Maiza manakala bahagian Akhil akan diserahkan kepada empat orang anak dan dia menjadi peneraju rumah serta biayai ansuran dan bil-bil dalam rumah tersebut.

Seterusnya, Akhil diminta membayar nafkah edah sebanyak RM15,000 kepada Maiza dalam tempoh tiga kali suci. Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan penceraian itu, Akhil berkata 'orang beriman tidak akan puas selagi tidak jalankan tuntutan sunnah.' Diaju pula tentang isu dia pernah meminta persetujuan Maiza untuk berkahwin dengan penyanyi Waheeda pada Februari lalu, Akhil berkata itu antara dia dan bekas isterinya lantas berkata 'buat apa saya nak beritahu wartawan?'.

Diasak pula dengan soalan adakah dia akan meneruskan niat untuk berkahwin dengan Waheeda selepas ini, Akhil enggan mengulas lanjut. Hos program 'Cafe Akhil Hayy' ini hanya berkata dia tidak mahu melibatkan isu itu dengan penceraiannya sebaliknya mereka bercerai kerana masalah peribadi. Sebelum Akhil pulang, dia sempat berjumpa dan bersalaman dengan anak sulung perempuannya.

Anaknya itu kelihatan sebak dan menangis tersedu-sedan saat memeluk Akhil. (Sumber mStar Online/AK)

Sunday, July 5, 2009

Masuk Kelas

Assalamualaikum...
Hari ni masuk kelas 4D la...ngajar bahasa arab....masuk dalam 30 minit aje sbb tadi ada perhimpunan lama skit sbb ada perasmian bulan membaca....
lepas rehat masuk kelas 2C...ajar membaca dan menghafal surah al-kafiruun..ramai gak murid yg sudah hafal surah ni....ni rileks jap dalam bilik disiplin tunggu nak masuk kelas 4C lak...ajar bahasa arab lg...tapi nk bincang soalan minggu lepas....ok

Letih gak ni menanda laporan adab belajar murid 3A ni...

Jalan-jalan Cari Makan - Taman Medan - Gombak

Assalamualaikum....

Hari ni sy jalan2 cari makan ke Gombak........Makan nasi kerabu di rumah OGY......datang sini dh lewat..kira perut dh berkeroncong ler..make sampai kenyang (mana ada org make sampai lapar lak kan)..ok..skarang dh sambung skali lg ni.....second round mat saleh kata..ok jumpa lagi...pasni nak balik ke Taman Medan lak.....

Saturday, July 4, 2009

Lawatan ke Planetarium dan Muzium Negara

Assalamualaikum.......Tepat jam 6.40 petang..aku baru balik dari lawatan sambil belajar skssj ni...hari ni kami pergi melawat Planetarium dan Muzium Negara...first time aku ke sana...pagi tadi bertolak jam 8.30 pagi (lebih kurang lerr)...sesampainya dekat sana..kami makan2 dulu isi perut..alhamdulillah makan kenyangla jugak...mihun ada mee ada semua ada....terasa nak nambah tapi takut kekenyangan pulak....lepas tu kami menuju ke Planetarium...tengoklah pameran yang ada kat dalam tu...sambil2 budak2 tangkap n ambik mgambar aku sedikit sebanyak...lepas tu ke Muzium Negara....ada pameran angkasa lepas...dipendekkan cerita balik jam 5.30 petang...singgah kat sekolah sekejap pastu balik solat asar kat masjid di taman medan.....ok sambung lagi...

Thursday, June 25, 2009

Hari Jumaat Yang Indah

Hari ini hari Jumaat kan.....sepatutnya di Negeri Kelantan cuti hari ini...tapi saya bekerja hari ni....biasalah bila bekerja di Lembah Klang kena la kerja hari ni.

Sunday, June 7, 2009

Aku Seorang Guru jQAF


Aku seorang guru jqaf

DAH Gosok Gigi Hari Ni? Awas Racun Fluorida..

http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/dah-gosok-gigi-hari-ni-awas-racun.html

PENGGUNA

DAH gosok gigi hari ni? Pastikan ubat gigi yang anda gunakan tidak tertulis mengandungi bahan fluorida kerana ia merupakan racun tersembunyi yang boleh menyebabkan kanser, mungkin anda pernah melihat logo seperti ini di kotak ubat gigi anda

amaran produk berfluorida from rjuna.net

Tahukah anda apa itu Fluorida (fluoride) sebenarnya?
Fluorida adalah sejenis sisa baja industri yang turut digunakan sebagai racun tikus dan juga racun serangga untuk membunuh semut dan lipas, ianya bertoksik dan boleh memudaratkan sekiranya ditelan. (WTF bahan camni buat cuci gigi kita)

Ubat gigi ber-fluorida boleh menyebabkan (kesan jangka masa panjang)
-Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Merangsang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

Berikut senarai produk yang terlibat dalam kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dipercayai mengandungi bahan fluorida (bahan penyebab kanser)

senarai produk berfluorida form rjuna.net

produk berfluorida from rjuna.net

produk berfluorida from rjuna.net

produk berfluorida from rjuna.net

Tak percaya dengan fakta dinyatakan? sila semak sumber kami:
Fluorida@MuslimConsumer.org.my

Persatuan Pengguna Pulau Penang CAP (Tel: 04-229 3551)

Fluoride Action Network www.fluoridealert.org

Tags: , , , , , , , , ,

 

Featured